Jumat, 28 Februari 2014
10 Haiwan Cantik Paling Berbahaya Dalam Dunia
Haiwan merupakan antara organisma hidup yang sukar untuk diramal. Sekalipun ada yang kelihatan nampak comel dan cantik, tapi hati-hati kerana mungkin ada sebahagian mampu membunuh anda. Haiwan yang disenaraikan di bawah ini merupakan haiwan yang pernah menjadikan manusia sebagai mangsa nya, dan anda mungkin akan lebih terkejut dengan apa lagi yang mampu dilakukan oleh haiwan ini.
1. Ular Boomslang
Merupakan sejenis ular yang boleh dijumpai di hampir keseluruhan benua Afrika. Kenapa paling berbahaya? Saiz taring nya yang lebih besar berbanding ular lain menjadikannya ular yang paling berbahaya. Ditambah lagi dengan keupayaan nya untuk melihat sebaik mata manusia, (ular lain rabun sket) ular Boomslang ini mempunyai Hemotoxin yang boleh membunuh dalam masa hanya beberapa jam sahaja. Jika dipatuk, semua rongga berlubang atau sebarang bukaan yang ada pada manusia, akan mengeluarkan darah! Ngerinya..
2. Siput Cone
Nampak macam tak bahaya langsung kan? Dengan corak cangkerangnya yang cantik, siput ini mampu memperdayakan sesiapa sahaja. Senjata berbahaya bagi siput ini ialah sesungutnya yang mengandungi Neurotoxin yang mampu untuk melumpuhkan seorang manusia dewasa. Kemudian perlahan-lahan badan akan mula shut down, dan kesukaran untuk bernafas sehingga membawa kepada kematian. Rawatan bagi toksin yang ditinjauankan oleh siput ini hanyalah dengan pemindahan darah bagi menggantikan darah yang sudah tercemar!
3. Hippopotamus a.k.a Badak Air
Hippo selalu dianggap sebagai haiwan yang nampak lucu, kiut, tenang dan perlahan. Namun haiwan besar seberat 9000 pound ini juga merupakan haiwan yang sangat menjaga kawasannya. Dilaporkan setiap tahun, bilangan manusia yang mati disebabkan oleh badak air adalah jauh lebih ramai daripada jumlah yang mati disebabkan serangan haiwan Afrika keseluruhannya!
4. Katak Dart Beracun
Katak ini memang dikenali kerana warnanya yang cantik dan menarik, tertarik, kau memang da bomb. Katak ini berbahaya kerana kulit nya yang beracun. Beberapa puak asli menjadikan bisa katak ini sebagai bahan tambahan kepada anak panah bagi memburu binatang di dalam hutan.Bisa katak ini sekalipun tidak dapat membunuh manusia pada masa itu juga, namun boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat. Bisa katak ini juga mampu menyerap ke dalam kulit manusia, dan lebih membahayakan bila terkena pada luka yang besar. Jenis katak dart beracun ini yang paling bahaya adalah Katak Dart Emas yang dikatakan mampu menyerap apa sahaja.
5. Ular Laut Perut Kuning
Ular laut ini juga merupakan antara ular yang paling cantik di dunia. Dengan warna kuning nya yang kontra dengan warna hitam bahagian atas, ular ini memiliki bisa yang sehebat seekor Cobra a.k.a Ular Tedung. Namun lebih menakutkan ialah, bisa yang dimiliki ular ini lebih pekat dan lebih bertoksik. Dikatakan juga setitik bisa ular ini mampu membunuh 3 lelaki dewasa!
6. Sotong Kurita Cincin Biru
Haiwan ini selalunya akan membuatkan penyelam-penyelam baru akan tertipu dengan keindahan warnanya. Apa yang berbisanya sotong ini? Sotong ini mengandungi bisa seperti tetrodotoxin, 5-hydroxytryptamine, hyaluronidase, tyramine, histamine, tryptamine, octopamine, taurine, acetylcholine, dan dopamine! Disebabkan tiada antivenom bagi haiwan ini, maka rawatan terbaik bagi mangsa yang terkena sengatan haiwan ini adalah CPR!
7. Burung Hooded Pitohui
Pitohui merupakan satu-satu nya jenis kumpulan burung yang berbisa. Juga dikenali dengan nama "The Flying Venom". Dari mana datang bisanya? Bisa burung ini datang daripada kulit dan juga bulu pelepah nya. Juga dikatakan bisa yang terdapat pada burung Pitohui ini merupakan bisa yang paling merbahaya kepada manusia. Bagi bisa biasa, seekor tikus mengambil masa selama beberapa minit untuk mati. Namun bisa burung Pitohui ini mampu membunuh seekor tikus dalam masa hanya beberapa saat!
8. Kala Jengking Death Stalker
Walaupun nampak cantik dengan warna kuning yang hampir transparent, bisa kala jengking ini sangatlah memudaratkan. Kala jengking yang suka tinggal di kawasan berpasir ini juga mampu membuatkan manusia yang terkena sengatannya, sukar untuk bernafas. Racun bisa yang ada pada kala jengking mampu memberikan kesan dahsyat kepada mangsa nya sehingga boleh membawa kematian.
9. Ikan Buntal
Walaupun nampak lucu dan kiut sket-sket, tapi ikan buntal sebenarnya lebih membahayakan manusia selepas kematiannya berbanding semasa ikan itu hidup. Di beberapa tempat,hidangan ikan buntal merupakan hidangan istimewa yang menjadi idaman. Namun, Saxitoxin dan Tetrodotoxin yang terkandung dalam ikan ini, mampu membunuh manusia sekelip mata dengan menyekat saluran pernafasan.!
10. Lanomia a.k.a Ulat Beluncas Pembunuh Upahan
Sekalipun nampak kecil, namun ulat beluncas ini telah mengakibatkan banyak kematian. Dengan tubuh kecilnya, ulat ini mampu menyebabkan mangsa nya mengalami pendarahan selain daripada menghalang daripada darah untuk membeku. Ulat beluncas ini juga mengtinjauankan darah lebam yang sebenarnya sudah rosak dan tidak dapat berfungsi dengan baik lagi. Selain darah, bisa haiwan ini turut menyerang sel manusia, serta membunuh platlet darah. Pendarahan dalaman akan berakhir dengan pendarahan luaran di seluruh organ badan mangsa! Banyak terdapat di Brazil..
1. Ular Boomslang

2. Siput Cone

3. Hippopotamus a.k.a Badak Air

4. Katak Dart Beracun

5. Ular Laut Perut Kuning

6. Sotong Kurita Cincin Biru

7. Burung Hooded Pitohui

8. Kala Jengking Death Stalker

9. Ikan Buntal

10. Lanomia a.k.a Ulat Beluncas Pembunuh Upahan


Kamis, 27 Februari 2014
Artis Yang Menayangkan Tubuh Dalam Filem
Kehendak skrip, menjiwai dan menghayati watak selain membuktikan keberanian diri mencuba sesuatu yang baru, akhirnya mendorong pelakon menggadaikan maruah serta perasaan malu apabila sanggup membelakangi norma masyarakat dan memperjudikan hukum agama sekalipun memberi alasan ia dilakukan atas tujuan kerja mahupun nilai estetika sesebuah karya itu. Jom kali ini kita selongkar antara artis yang menayangkan tubuh mereka di dalam filem bagi menjayakan watak yang dilakonkan..!!
1 – Zizan
Zizan melucutkan pakaian towel yang dipakai bagi memenuhi tuntutan skrip berbogel apabila melihat pocong di dalam Filem Hantu Bonceng yang kontroversi itu. Cerita Hantu Bonceng mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.
2 – Ana Dahlia
Pelakon baru yang meningkat naik menerusi drama Nora Elena ini memberitahu dia juga pernah mendedahkan tubuh untuk filem lakonannya berjudul Mantra. Gambar yang mendedahkan belakang Ana Dahlia itu yang dijadikan poster filem Mantra walaupun menjadi kontroversi, Ana mengakui tindakan berani itu sekadar memenuhi watak yang dibawakannya.
3 – Arja Le
Bagi pelakon filem Songsang, Anu dalam botol ini pula, Arja Lee semakin popular apabila aksi bogelnya untuk salah satu adegan dalam filem tersebut mendapat kritikan. Namun bagi pelakon baru ni, dia menganggap itu tindakan beraninya bagi menyampaikan mesej positif sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan oleh filem. Pada mulanya saya diberi Seluar dalam warna kulit dan apabila air dan buih sabun mula mengalir di seluruh badan, keadaan menjadi tidak selesa. Akhirnya saya meminta kebenaran daripada pengarah untuk mandi bogel dan dia bersetuju dengan permintaan saya ituggambaran itu dilakukan dari sudut tepi dan Benda itu “Alat Sulit” saya tak nampak.
4 – Fasha Sandha
Fasha Sandha kembali menyengat dalam sebuah filem Prof Madya A. Razak Mohaideen dalam sebuah filem seram berjudul Skrip 7707. Kali ini, Fasha Sandha dengan berani matinya berkemban dalam satu scene di mana Fasha Sandha mandi di perigi yang hanya didindingi oleh daun kelapa. Realitinya, memang orang kampung dulu-dulu mandi berkemban, tidak macam orang zaman sekarang yang kebanyakannya tidak menutup badan ketika mandi.
5 – Remy Ishak
Remy Ishak menjadi buah mulut orang ramai apabila membintangi cerita pendek”Comolot” yang memaparkan aksi mandi Remy Ishak bersama pasangan songsangnya tetapi, sedang asyik dibuai asmara, pasangan songsang itu kantoi apabila teman wanita Remy Ishak menerjah masuk ke dalam tandas.
6 – Nabila Huda
6 – Nabila Huda
Filem Bohsia – Jangan Pilih Jalan Hitam ini mengetengahkan unsur-unsur gejala negatif seperti mat rempit, bohsia, salah guna dadah dan seks luar nikah, maka dikenakan klasifikasi 18PL (penonton berusia bawah 18 tahun dilarang menonton atas sebab unsur ganas, seks, dan kebudayaan). Terdapat adegan Nabila Huda dirogol oleh Mat Rempit setelah kecewa dengan kekasihnya yang curang.
7 – Maya Karin
Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.
8- Nurul Ain
Artis baru, Nurul Ain yang kini hangat diperkatakan dan mencetuskan kontroversi di dada akhbar dan internet apabila gambarnya yang mendedahkan bahagian belakang tubuhnya untuk adegan sebuah filem berjudul “Suatu Malam Kubur Berasap” tersebar luas di internet.Menurut Nurul Ain, gambar itu sepatutnya tidak tersebar kerana dalam persetujuan, gambar tersebut perlu diedit terlebih dahulu sebelum digunakan bagi tujuan promosi. Malah dia juga meminta maaf jika gambar tersebut menyinggung perasaan mana-mana pihak.
9 – Zul Handy Black
Lakonan Zul di dalam filem Mantra memaksa Zul berbogel selepas salah satu adegan menuntut ilmu hitam.Filem seram ini mengangkat kisah penggunaan ilmu hitam kerana dendam dan kepentingan diri sendiri. Kisah bermula dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir dianiaya oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir. Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup. KISAH benar melibatkan pengamal ilmu hitam dan ajaran sesat di Bandung, Indonesia diterjemahkan secara mendalam dalam Mantra. Ejaan bagi judul filem tersebut juga sengaja dikekalkan kerana perahan idea dan jalan cerita berasal dari tanah seberang.

Rabu, 26 Februari 2014
Langganan:
Postingan (Atom)