Tampilkan postingan dengan label lebih. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lebih. Tampilkan semua postingan
Minggu, 02 Februari 2014
Urusan seperti biasa walaupun jika Pakatan menang PRU13 Perbezaannya adalah tadbir urus yang lebih baik kata ahli ekonomi
Oleh Boo Su-Lyn
April 18, 2013
April 18, 2013
KUALA LUMPUR, 18 April — Ekonomi Malaysia akan terus berkembang dengan 5 peratus tahun ini walaupun jika Pakatan Rakyat (PR) menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya 2013, kata seorang ahli ekonomi hari ini.
Datuk Dr Mohamed Ariff Abdul Kareem yang merupakan profesor ekonomi dan pentadbiran dari Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF) mengatakan kedua-dua manifesto Barisan Nasional (BN) dan PR adalah sama, menyatakan PR akan mengekalkan polisi sedia ada kewangan antarabangsa dan pelaburan asing.
“Urusan seperti biasa setakat hubungan ekonomi dengan negara lain di dunia dan sektor swasta,” kata Mohamed Ariff (gambar) kepada pemberita pada majlis pelancaran Tinjauan Ekonomi Dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Asia dan Pasifik 2013 di sini hari ini.“Perbezaan adalah dari segi gaya, ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang lebih baik,” katanya, merujuk kepada pelaksanaan cadangan dasar ekonomi PR.
Rabu, 25 Desember 2013
61 Kes Lori Lebih Muatan Didakwa – SPAD
KUALA LUMPUR – Sebanyak 161 kes membabitkan kesalahan lori lebih muatan telah didakwa antara Januari dan September lepas, demikian menurut Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Dalam kenyataan yang dikeluarkan SPAD hari ini, daripada 161 kes yang didakwa itu, sebanyak 12 kes telah dilepaskan tanpa dibebaskan manakala 10 kes dikeluarkan waran tangkap dan selebihnya disaman.
Lebih 70 peratus kes yang didakwa adalah berhubung membawa lebih 50 peratus muatan yang dibenarkan.
Menurut SPAD, kes muatan paling tinggi sehingga kini adalah 138 peratus melebihi muatan.
Bagi mengatasi masalah kerosakan jalan raya dan kemalangan yang berpunca daripada lori lebih muatan, satu pekeliling berhubung muatan lori yang dibenarkan dibawa di atas jalan raya akan berkuat kuasa mulai 25 September ini. – BERNAMA
Selasa, 17 Desember 2013
P’raya lebih telus jika ada pemerhati antarabangsa
Harakahdaily
Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli berkata, SPR tidak perlu bimbang jika mereka membuka peluang kepada pemerhati antarabangsa untuk memantau PRU negara ini.
Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, berkata, dengan memanggil pemerhati antarabangsa sebenarnya akan memperkayakan sistem pilihan raya negara ini yang telus di mata dunia.
"Apa yang SPR takut? Kita sepatutnya buka kepada antarabangsa dan buka kebenaran kepada sesiapa sahaja.
"Kalau kita, kononya guna media yang bebas, sistem yang adil, lantai yang sama rata, kenapa perlu takut?" katanya dalam sidang media.
Beliau tidak menolak usaha SPR memanggil pemerhati Asean bagaimanapun usaha ini boleh diperluaskan ke negara antarabangsa.
Sebelum ini Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menegaskan adalah tidak wajar menjemput kerajaan asing datang campur tangan dalam urusan menentukan proses pemilihan kerajaan di negara ini.
Beliau berkata demikian setelah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta SPR mengundang kerajaan Australia sebagai pemantau bebas bagi memastikan pilihan raya nanti bebas dan adil.
"Motif Ketua Pembangkang ialah untuk menanamkan satu perasaan simpati, yang mereka (parti pembangkang) adalah underdog di kalangan para penyokong, rakyat am khususnya pengundi atas pagar dan pihak luar. Ini adalah rangka dan agenda perancangan yang rapi.
"Motif kedua Anwar ialah untuk mendapat tarikan dan simpati dunia dan pihak antarabangsa supaya tekanan demi tekanan akan datang untuk Malaysia," dakwanya.
Langganan:
Postingan (Atom)