Tampilkan postingan dengan label sabu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label sabu. Tampilkan semua postingan

Senin, 30 Desember 2013

Mat Sabu kecewa dengan kekalahan Kemungkinan ada unsur unsur penipuan di kawasan itu

Wartawan Sinar Harian
7 Mei 2013
Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
PENDANG - "Saya tidak terima kekalahan lagi."
Itulah yang ditegaskan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang ditewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Othman Abdul bagi kerusi Parlimen Pendang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu tewas pada calon BN itu yang memperoleh 32,165 undi dan menang dengan majoriti 2,638 undi

Mat Sabu sebelum ini kalah dalam dua PRU bagi kerusi Parlimen Kuala Kedah pada 2004 dan Parlimen Kuala Terengganu pada 2008.

Beliau turut meluahkan rasa kecewa kerana gagal mempertahan kerusi Parlimen Pendang yang disandang Datuk Dr Mohd Hayati Othman walaupun kawasan itu telah dikenali ramai sebagai kubu kuat Pas di Kedah.

“Saya kecewa kerana gagal pertahankan Parlimen Pendang namun saya tidak terima kekalahan ini lagi kerana saya akan buat kajian dan semak semula peratus undi Siam.

"Masyarakat Siam yang keluar mengundi di Sungai Tiang adalah luar biasa manakala di Tokai tidak mengalami masalah.

"Kemungkinan ada unsur-unsur penipuan di kawasan itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Read More..

Minggu, 22 Desember 2013

Bersih Mohamad Sabu 13 yang lain dibebas

Harakahdaily 

Anis Nazri, 27 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini membebaskan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR Tian Chua dan 12 yang lain daripada tuduhan menyertai perhimpunan haram semasa Bersih pada November 2007.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Jagjit Singh Bant Singh hari ini.

Namun, ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan disabitkan kesalahan kerana gagal timbulkan keraguan munasabah.
Read More..