Tampilkan postingan dengan label video. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label video. Tampilkan semua postingan

Senin, 10 Maret 2014

Video Cara Pemandu Jepun Berterima Kasih


[Video] Cara Pemandu Jepun Berterima Kasih
[Video] Cara Pemandu Jepun Berterima Kasih - Sememangnya penduduk negara Jepun dikenali dengan adab sopan-santun mereka yang sangat tinggi serta aspek menepati masa yang diamalkan mereka juga amat dikagumi oleh penduduk di negara lain.
Bagaimana pula adab mereka ketika berada di atas jalan raya?
Kalau di Malaysia, budaya mengangkat tangan memang sudah lama diaplikasikan oleh pemandu di sini sebagai simbolik untuk ucapan terima kasih sekiranya memberikan laluan di jalan raya.
Selain itu, pemandu di Jepun jarang sekali membunyikan hon kenderaan masing-masing untuk memaki hamun pemandu lain sebaliknya mereka memberikan hon untuk memberi laluan kepada kenderaan yang lain.
Memang sopan-santun dan berbudi bahasa kan mereka.
Melalui video ini ditunjukkan cara pemandu di sana mengucapkan terima kasih di atas kebaikan pemandu lain yang memberi laluan kepada mereka dengan memasang lampu kecemasan sebanyak dua kali.
Semoga pemandu di Malaysia dapat mencontohi nilai-nilai budaya yang positif daripada masyarakat Jepun ini. – MyNewsHub
Read More..

Rabu, 12 Februari 2014

Anak Britney Dalam Video Muzik The Smurfs 2

Britney

Seawal usia enam dan tujuh tahun, kedua-dua anak superstar Hollywood, Britney Spears telah didedahkan dengan dunia glamor yang menjadi lubuk rezeki buat ibu mereka.
Terbaru, menerusi video muzik bagi lagu runut bunyi filem The Smurfs 2, yang berjudul Ooh La La, Sean Preston dan Jayden James turut berlakon di samping ibu mereka.
Nampaknya anak-anak Spears memang berbakat dan nampak ‘natural’ dalam lakonan mereka.
Mungkin ini merupakan langkah awal pembabitan kedua-dua Preston dan James dalam bidang glamor Hollywood yang mahu diterapkan oleh ibu mereka itu.
Siapa tahu kan?
Apa-apapun jom layan video Ooh La La yang penuh warna-warni ini!
Oleh: AUDREY LEE
Read More..

Sabtu, 01 Februari 2014

Canggih! China Cipta Kereta Yang Boleh Dipandu Dengan ”Remote Control” Video



BYD Auto telah mengeluarkan satu model baru sedan F3, salah satu kompak terlaris di China.Sedan itu diberi nama F3 Su Rui, dengan harga bermula dari RMB 65900 (RM32, 300) untuk kuasa asas 109 hp dengan varian 1.5 liter.
Tetapi yang paling menarik pada model ini ialah ciri Remote Driving- yang mana kereta boleh dipandu hanya dengan remote control tanpa memerlukan pemandu berada di dalam kereta.
Ciri ini membolehkan kereta dipandu sehingga 10 meter jauhnya, membolehkan perkara-perkara seperti meletak kereta di tempat parkir yang sempit dan membolehkan kereta bergerak ke depan pintu untuk menjemput anda ketika hari hujan.
Kelajuan tertinggi terhad kepada hanya 2 km / h dalam mod kawalan jauh.
Dengan harga di bawah100,000 RMB (RM49, 000) anda juga mendapat ciri-ciri seperti berikut:
  • six-speed dual-clutch gearbox
  • 154 hp turbocharged 1.5 litre direct-injected powerplant (allowing a century sprint time of under nine seconds)
  • digital dashboard with trip computer, a comprehensive infotainment system with 4.3-inch LCD screen (including internet and GPS)
  • tyre pressure monitoring system,
  • ABS, traction control
  • 4 years warranty
Saksikan video di bawah bagaimana konsep remote driving ini berfungsi:


Sumber - 2DayBlogger

Read More..